Allhamdulillah Dah Mula Kerja Selepas Cuti Raya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah Dah Mula Kerja Selepas Cuti Raya | Kelmarin, Khamis dah masuk kerja... Ingatkan nak masuk hari Rabu lagi... tapi p servis aircond kereta... Sian anak-anak balik sekolah panas masuk dalam kereta panas lagi... so, nak kena cancel cuti untuk kelmarin hari Khamis.... 

Kenapa masuk kerja walaupun masih cuti?
Kelmarin 8.30 pagi lagi ada kelas, tapi kita mula lewat skit sampai la 11.30... then pukul 12.00 ada meeting... duk meeting tak perasan rupanya dah lunch hours... kelam kabut pukul 2 baru nak keluar makan... Dari pagi terkejar kelas sempat beli roti canai tapi x dan langsung nak sentuh... Cafe semua tutup terkejar rush keluar cari nasi dengan kakcik... Kakcik Jannah follow saya p ofis kelmarin... 

Bila dah masuk ofis macam-macam kerja so kena cancel and masuk kerja... selagi duk tangguh kerja selagi tak sedap hati... 



Balik Kedah
Balik Kedah raya ketiga lagi, Hari Selasa tak leh bangun, sakit urat yang amat... Mungkin duk dalam kereta lama... Jem kat Grik sebelum sampai Titiwangsa sebab ada accident... Bagi yang terlepas accident tu ok ler smooth... Kami snagkut dalam 2 jam... agaknya krem pungkuk belakang badan sampai tak leh gerak...

Mak angkat datang rumah tengok, aku lak tengah tido, gagah bangun jumpa dia... hehehe... dia singgah rumah sebab p kenduri rumah jiran dekat rumah kami... hehe... sememehnya dalam duk tido orang datang melawat... sakit sungguh!

Sambung Kerja
Then, sampai ofis ngam pukul 2.30 petang, meeting lak dengan pelajar yang akan p intern... sedar tak sedar hampir pukul 4... Staf ofis dah balik!.. Hari Khamis ofis sampai 3.30... lepas meeting dengan student, p naik ofis atas, kawan call suruh p bilik dia... Rupanya depa (kawan-kawan kat atas bawa makanan)... Tak leh nak makan, saya minum jer... Bestnya kena teh ais dengan cuaca panas... Nikmat rasanya! Depa bagi rendang dan ayam pop bawa balik rumah... 

Malam, saya tak makan lagi! tak tahu rasa kenyang memang tak leh nak paksa suap makanan... Saya banyak minum ja... Pukul 3.30 pagi jamah sikit ja kek n minum untuk mulakan puasa sunat!

Mula Puasa Sunat Puasa Ganti
Allhamdulillah, hari ni dapat puasa hari pertama... Nak ligan hari Jumaat nanti boleh raya... sebab jiran-jiran plan nak buat rajuam raya kat rumah saya macam tahun lepas! Tahun lepas, ramai jiran-jiran merungut orang ni tak ajak, oarang ni tak ajak,,, segan rasanya... Semua nak datang, maklum ler kami jarang buat kenduri,,,, tahun lepas depa plan buat kat rumah kami sebab kami baru deco rumah... Bulan puasa husband n jiran-jiran bantu mengecat rumah kami.... 

Selamat Puasa Sunat Semua


No comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.