Warna Warni Aidilfitri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Warna Warni Aidilfitri | Walaupun singkat sahaja raya kali ni bersama keluarga, raya ketiga dah terpaksa balik, naun kesempatan itu tidak dilepaskan... Tak sempat nak jumpa semua ahli keluarga anak cucu cicik Pak Lah, mana yang sempat kita berjaya bersama mohon kemaafan. 

Allhamdulillah...

Tema kali ni, navy blue! Itu pun sebab cik somi nak warna ni dan saya lak dah ada baju warni ni... Pakai je la apa yang ada sebab baju batik ni saya baru sahaja akai sekali buat khusus kenduri sepupu kawin... Meterial shifon membuatkan saya tak pakai kat ofis... Walaupun lately minat pada bitik ni agak melampau... Tapi itu cuma batik cotton yang saya rasa lebih selesa pakai bekerja berbanding shifon. 


Di Pagi Raya

Pagi Raya saya anak-anak dan tokmie p solat hari raya... Tokmie kesedihan! ye la kali pertama kami beraya tanpa tokpa... so, sedih tu normal untuk semua orang yang kehilangan ahli keluarga... Kami pun kehilangan tokpa juga secara mengejut. Saya bersyukur tahun lepas saya beli jer apa baju kenduri yang kena ikut tema pada tokpa... Allhamdulilllah tokpa sempat pakai. Sehari sebelum tokpa dimasukkan ke hospital, masa kenduri sepupu tokpa pakai t-shirt yang saya beli... Masa ni tokpa sihat je, buat lawak macam biasa... 



Tak Sempat Jumpa Kawan

Balik seminggu pun tak jumpa kawan, ni kan lagi raya sempat dua hari jer kat kampung. Bila masing-masing dah ada keluarga walaupun rumah depan-depan pun ada kala tak sempat nak jumpa... Time saya ok, kawan tak ok, time kawan ok, saya lak tak ok... last jumpa bff kat masjid... hehehe... nasib dia tegur saya dulu... kalau tak, tak perasa pun dalam orang yang ramai... 


Kami lewat, solat hari raya kat luar masjid. So, aku dan anak-anak solat di lantai tepi longkang. Jarang nak rasa kan suasana macam ni... time raya la dapat merasanya.

Ziarah Tok Pa

Assalamualaikum, tokpa... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin... Semoga tokpa sentiasa bersama orang yang beriman di taman syurga... Pusara tokpa belum kami hias cantik-cantik.. Discuss dengan family tuk hias pusata tokpa... 


Balik dari ziarah tokpa sepupu, pakcik makcik datang rumah... Tak sempat nak buat apa... terus hidang makanan... Makanan pun tak sempat nak hidang kat luar... 







Lepas ziarah kubur tokpa kami ziarah pusara tok ayah Pok Lah, makcik, dan p ziarah kubur tokmek... singgah rumah makcik dan cousin.

Then lepas Zohor beraya rumah MIL...

Rumah tokmie sibuk sampai malam tak putus-putus... makanan licin, Allhamdulillah... Tokmie sorang sahaja kat rumah.. Kasian dia penat ya amat....

Malam baru kami balik, sampai rumah, cousin datang beraya,,, ermmm time raya kan sampai malam... Saya jer yang tak sempat jumpa semua cousin.. ye la saya p rumah mereka, mereka kat rumah mertua masing-masing... Bila petang saya kat rumah mertua, mereka datang rumah saya!!!


Hari Kedua Aidilfitri

Hari kedua jalan dah mula jem... kami hanya dapat p dua buah rumah cousin sahaja... panjang jem... sampai malam ler kami beraya... 








Special request kami pada tuan rumah, orang raya kat luar kami beraya kat kampung sebab nak mengopi... Perghhh cousin punya kopi best... Coffee mechinenya have2... so latte no sugar 1... hehehe

Raya Keempat
Raya ketiga balik Kedah malam baru sampai.. Raya ke keempat terlentang saya kat rumah, sakit urat!

Raya Kelima
Baru ok boleh jalan, boleh p beraya semula... terima kasih jiran untuk open house....















2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.