Keje Aku
Pelajar Ku
Salam Aidilfitri 2026 : Bila Pandai Mendongak, Yang Di Bawah Mudah Direndahkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Salam Aidilfitri 2026 | Allhamdulillah... dah lama sungguh bersarang. Asyik duk deraf tak publish pun. Sempena Aidilfitri yang mulia saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. aidilfitri pertama tanpa papa... Semoga tokpa berada di taman syurga bersama hambaNya yang bertaqwa.
Masa tokpa sakit Deepavali tahun lepas, saya terpaksa buat asynchronous class. Berulang alik ke hospital, seminggu tanpa sedar tokpa menghembuskan nafaz terakhir di hadapan ku, mie ku, adik dan sil ku... Seorang pelajar pun tak tanya khabar tentang ku... kecuali pelajar postgraduate. Pelajar UG langsung tak tak khabar.
Apa yang aku dapat komen ketidakpuasan hati mereka terhadapku... ini adalah kali ketiga aku dapat kritikal sebegini... Kritikan pertama siap ada pensyarah sound direct semasa meeting.. tapi akhirnya pensyarah yang sound aku tu, terkepil-kepil memuji aku... Semudah itu mereka berubah ye... Tak paham aku,,,, dah sound dalam meeting tanpa sebut nama aku, then lepas tu berubah perangai baik-baik lak dengan ku... Ehhh herannnn bertul!
Kes kedua disebabkan task VC bagi untk pelajarku menyebabkan aku terpaksa tunaikan, sedangkan pensyarah lain yang sama turut serta mana meeting bersama mantan VC tak buat pun task yang diberikan... Aku yang buat ni, kena kritik bagai kat pelajar. Mereka kata aku nak nama dan sebagainya! Macam-macam la mereka cakap kat aku... Akhirnya, pelajar yang kaw-kaw kritik aku tu, ada yang kena tindakan disiplin sebab masalah peribadi sendiri, UK datang tangkap depan aku dalam kelas aku lak tu semasa aku sedang mengajar!!! ada yang tak sempat habis belajar, datang jumpa aku peluk-peluk nangis-nangis, ada yang sedang sakit... Allahu.... tapi aku still sayang mereka aku support mereka sampai sekarang.
Kali ni sama juga situasinya, aku bukan nak nama, nak bagi susah pelajar buat task untuk archive kehendak kolaborasi pusat pengajian! aku nak mereka belajar, bersiap sedia apa sahaja task yang diberikan secara mengejut. Walaupun task ini dari minggu pertama lagi sudah decide. Namun, ada yang kata last minute tunda tarikh, tak pandai mengajar, tak ada pengajalaman, kecewa dengan aku dan banyak lagi... aku juga dikatakan tak bincang kenapa tunda tarikh event...
Aku pun tak tahu lah bila aku tak bincang dengan mereka sentiasa bincang. Bukan kehendak aku untuk tunda tarikh semua kehendak koloborasi. Mungkin mereka tak datang kelas masa discuss terus cakap aku tak discus... Itu pun ada juga yang cakap dalam kelas asyik discuss pasal event ja,,,, silibus dah habis... nak kena discuss pasal event...
BIAS
Itu pun aku teramat malu, bila ada panel komen pelajar aku shooting asyik lokasi dekat school ja, "banyak kena polish ni"... Macam katak bawah tempurung... Itu pun boleh menang! Aduiii segan... Sedangkan masa penjurian aku malu hasil produknya tak ada kualiti at least lokasi pelbagai... "Banyak tempat di UUM lokasi cantik-cantik cuba explore",...
Ada juga yang komen habis duit, bias.... macamana tak bias.... bila shooting 1 lokasi nak bandingkan kumpulan yang shooting banyak lokasi.... dah la dalam group ada pensyarah bising "meja hilang"... rupanya pelajar aku yang ambil buat shooting tak minta kebenaran!... haduiiiioooo..... so dari segi planning tu tak tahu nak minta kebenaran guna premis dan alatan pun salah pensyarah juga ka sebab tak ajar!!!!!
Ada yang komen mengajar tak ikut topik... aku minta mereka cari ranting kayu untuk buat deko tanpa menggunakan dan mengeluarkan duit yang banyak.... lepas aku tengok mereka beli barang-barang buat deko aku dah risau kang salahkan aku lak... tepat jangkaan ku! mereka keluarkan duit then salahkan aku... mereka tak tahu berapa banyak aku keluarkan duit untuk event tu...
Aku minta edit poster pun macam-macam komen, bila logo letak ditempat yang salah, aku ditegur pihak atasan dan aku terpaksa infor minta pelajar tukar kedudukan logo dan bagi mereka kebebasan untuk design poster sendiri, pelbagai komen dan ketidakpuasan, merungut dilontarkan...
Kesiannnnnyyyaaaaa... kalau macam ni la sikap mereka, tak tahu la dengan dunia yang mencabar ni, macamana mereka kelak....
Yang duk komen aku yang lepas-lepas aku nampak mereka susah dan struggle sangat! kesian sedihhh pun ada! aku bukan baik pun.... buruk banyak! dan dalam kalangan mereka boleh kira ja ucap selamat hari raya! Tak mengharap pun! orang suka kita.... tapi percaya lah kalau dah terlepas kritik macam-macam kat pensyarah, walaupun markah uols tinggi, keberkatan dalam belajar tu hilang!
Datang Present
Minta datang present discuss dengan pensyarah sebelum shooting datang present! Bila nak p shooting temat shooting kat mana, Siapa pelakon, persiapan pre production, tunjuk full script kat pensyarah!!! aku percaya yang ni ramai yang tak capai!!!!
Pensyarah tak tahu pun shooting kat mana, ada tak minta kebenaran, surat buat ta untuk guna lokasi, pinjam barang dan sebagainya?????
Pensyarah Ku Pelajar Ku
Ketidakpandaian seorang pensyarah ni la membuat aku bersyukur sampai sekarang pun aku still berhubung dengan pensyarah ku,... Malah penyarah ku, merangkap penyelia thesis ku masa degree dulu, akhirnya pelajarku! Ya Allah susunanNya sangat hebat! Malah dia ingat nama aku, bila melintasi pintu bilik ofisku! hehehe....
Pensyarahku sampai akhir hanyat hampir 3 tahun meninggalkan ku... Aku ingat lagi 3 tahun lepas dia bagi assignment kat aku minta aku cari wife kat dia deadline sampai raya! Allah lebih sayangkannya selepas raya haji dia meninggal dunia! dia call aku paksa suruh join bengkel pengarahan advanced bersama wakil-wakil inudstri... Itu lah short film terkahir aku bersama team.... Menuntut ilmu ke akhir hayat! Memang aku tak de ilmu! sebab aku tak sempat nak kongsikan ilmu aku dengan semua pelajar! Aku tak akan kongsi ilmu jika aku bercakap dengan pelajar, macam gaya yang hebat,,,,, sorry to say! sebab bila aku jejak kaki ke UUM, ex dean aku dulu pesan,
kita bila ada ilmu jadi macam lalang, semakin berisi semakin tunduk
Itu yang aku pegang sampai sekarang.... aku takkan kongsi jika pelajar aku tak tanya! aku takkan kongsi jika pelajar aku tengok aku pun sebelah mata! aku takkan kongsi jika mereka rasa lebih hebat daripada pensyarah sebab dah menang award.....
Ermmm..... Satu sem buat satu produk dah mula rasa hebat! Sedangkan masa belajar dulu setiap minggu p shooting!.... Dah habis team sendiri shooting, minggu depan p shooting group senior dan junior lain lak... sama pakat tolong-menolong! So dalam 1 sem tu dah berapa banyak produk dah terbitkan! Malah, p shooting pun bersama film maker yang sebenar yang terlibat secara langsung dalam shooting film... Aku tak sahre kalau tak ada pelajar yang tanya! Bila tanya soalan pun tak ada siapa pun nak tanya, kalau share kang nanti kata pensyarah syok sendiri lak! hehehe... jadi ler aku pensyarah syok sendiri....
Task Mengejut Menjadikan Jiwa Mantap
Allhamdulillah... atas didikan para pensyarah yang sentiasa memberi task megejut... hari ni kelas... esok p shooting membuatkan kami bersedia mental dan fizikal walaupun task tersebut tak ada markah... Tiba kena handle persidangan meja bulat, tiber kena handle buat "anugerah demi anugerah" fuhhhh memang selalu mengejut task dari penyarah ku... Dannn kami tak pernah merungut apa task yang diberikan oleh pensyarah kami...
Sebab itu sampai sekarang, kami masih berhubung dengan pensyarah... Pasal duit, dari sem 1 kami diajar keluar shooting 0 budget! pelajar kena cari penaja sendiri untuk shooting! itu yang kami paham teramat paham.... nak shooting bukan shooting lokasi di pusat pengajian. Lokasi shooting kami outstaion!. Kena cari penaja makanan, kena cari penaja tempat tinggal kena apply bas dengan universiti, kena bayar pelakon, semua dari poket aku sebagai producer!
Buat design poster, tak perlukan duit pun ada yang merungut "apa lagi nak kena ubah?", backdrop aku design sendiri, montage pun aku buat sendiri! takut pelajar aku susah!!!!! dan akhirnya kesusahan aku itu la dipandang sinis teramat oleh pelajar sendiri! nak bagi korang tu nampak pelajar baik, aku mengaku je depan dekan yang aku hanya bantu, dan pelajar yang buat template dan sebagainya... sedangkan aku bertungkus-lumus beli apps update apps untuk siapkan montage! Gilerrrr.... aku bukan nak cakap aku ni baik. Malah aku memang rasa aku ni sangat bodohhhh teramatttttt sebab buat kerja pelajar! Sedangkan pelajar mojoriti dapat A, Terpaksa beri justifikasi sebab kenapa pelajar dapat A melebihi 50%...
Dah plannnn lain,,, masa kejadiannn skrip lain lak.... yang kena preview short film langsung xde dalam teks masa rehersal ada..... aduiiiooooo aku juga yang salah sebab tak remind! Masing-masing hanya tahu buat kerja masing-masing! Sikap ni yang paling aku tak suka! TEAMWORK 0!!!!
Teamwork 1 kelas tak capai tahap yang baik..... marah kat aku sebab aku tak buat post morterm!... ada masa ke nak buat post morterm... Korang nak tengok muka aku pun meluat! Nak ke korang dengar cakap aku yang tak tahu mengajar, yang tak ada pengalaman, yang tak tahu nak discuss ni???? NAk ke respect pensyarah yang hina ni????
Aku tak harap pelajar respect aku! sebab korang semua pandai-pandai... result tinggi! score hebat! tapi percaya lah tak kemana dengan result tinggi jika tak hormat pensyarah! Jangan dah pandai sikit rasa meninggi!!!
Simbolism Kayu dan Ranting: Mise-en-Scene
Dulu subjek ni aku suka subjek "Art Directing" - macamana nak deco stage! Kena baca skrip Shakespeare kena buat Art Direction babak tersebut!
Ranting kayu yang terbuang gugur ke bumi melambangkan kita sebagai manusia juga akan melalui saat itu. Saat itu, nampak buruk, hina-dina, tidak berguna! ye lahhhh ranting kayu nak buat apa? Sama la si miskin hina dina, dipandang buruk, malah tak dipandang pun... namun keburukan dan hina-dina itu lah yang akan menguntungkan jika pandai digunakan!! Art very subjective, itu yang aku tak berjaya nak terap dalam jiwa pelajar aku... Mereka anggap apa yang aku beri pandangan tentang kayu dan ranting itu tidak berfaedah,,, tak ada guna,,, out of topic!!! sedangkan korang ada ke datang jumpa aku, dekat dengan aku,,, tanya apa simbolism kayu dan ranting???? Korang tak datang pun!!!
So, dalam pengarahan dan produksi korang jangan rasa megah dan hebat jika dah pandai pegang kamera dan thu direct walaupun 1st time direct short film,,, dah mula pandang jeling lecturer kosong!!! falsafah kayu dan ranting pun tak pahammmmm.... Art directing sangat penting dalam produksi! Tiada Art tiada makna... Mata kamera itu adalah mata Ya Basirrr....
Dalam 1 frame yang estetik tak semestinya hanya ada lighting yang cantik, mesti ada art yang boleh membangkitkan mood mise-en-scene!!!
Arwah pensyarahku En Fuad dan juga Abang Indera (Indera Che Muda) ajar kami dalam frame mesti mempunyai kesenian. hatta dalam frame tu tak boleh ada sampai ke tisu yang akan mencacatkan mise-en-scene.
Aku belajar tentang kayu ni bila aku shooting filem MISTIK kat hutan Senggiri....
Hubungan Akar, Batang, dan Ranting (Iman dan Tauhid):
Ranting yang hidup sentiasa bersambung dengan batang pokok dan akar. Ini melambangkan orang beriman yang sentiasa bersambung dengan Tuhan (akar or sumber kehidupan). Ranting yang terputus daripada batang akan kering dan mati, sama seperti manusia yang terputus hubungan dengan pencipta.
So, hopefully gen Z boleh faham apa falsafah hidup kayu, ranting, akar dalam kehidupan kita!
Ia akan lebih estetik jika pandai menggubah untuk dekorasi pentas.... seakan AJL.... terima kasin En Amir pensyarah aku dulu Art Director untuk AJL dan Arwah Prof Najib.... mengajar kami membaca bait-bait teks Shakespear yang boring ya amat! hehehe... tapi itu lah yang mengajarkan meneroka art direction zaman kolonial. Macamana tatahias deko perabot dan pakaian zaman itu.... sebab masa tu kami macam gelas kosong, tin kosong... Walaupun boring baca teks itu, tapi kami belajar menjiwainya.... Kami tak mudah menyangkal apa yang pensyarah minta kami buat....
Duhai Anak Pelajar
Ingat pelajar yang lepas tu masih struggle untuk habiskan study dan ada yang dah kena terminate.... walaupun hebat seiap sem score jer.... akhirnya tak habis belajar! jaga-jaga! Pensyarah macam ibu bapa! ilmu tak berkat jika mengutuk pandang sinis pada pensyarah! Setinggi mana pun korang terbang, akan jatuh jua ke landasan tandus....
Aku cakap hanya berdasarkan peristiwa yang lepas... Kesian, sedih, aku dengan mereka! Apa pun aku sentiasa doakan kebaikan untuk mereka kerana mereka datang jumpa minta maaf dengan ku! bersalah apa yang mereka lontarkan pada aku! Aku takkan buat semua ni kalau tak suruh pelajar enjoy... dan aku pernah ditegur kerana ada yang salah anggap aku mengajar pelajar suruh enjoy! Ya Alllah.... lain lak dipesongnya!!! kalau nak cari salah tu apa yang keluar dari mulut pensyarah pun di salah anggap...
Aku cakap "jangan stress, enjoy ja dengan belajar, JUST DO IT" tapi dia salah anggap aku suruh pelajar enjoy!!!! Pelajar report cakap aku suruh enjoy!!!! Aku tak tahu lah apa yang pihak-pihak itu fikir... FINALLY, tiber muji-muji aku... Hari tu kutuk aku beradab! then puji-muji aku.... APA KES? aku pun tak pahammmm.... memandangkan orang yang lebih senior dari aku, aku hormat! dan sampai sekarang mereka baik dengan aku!!!!
DIAM bukan bererti KALAH,, ALLAH MAHA HEBAT! ALLAH MAHA MENGETAHUI!!! Percaya LAH!!!
Jangan baru sahaja dikurniakan sedikit ilmu, terus mendongak ke langit yang tinggi yang sebenarnya pemilik Ya 'Ali Ya Muta'ali.....
Terima kasih Dr. mengajar saya dengan pepatah padi!!!
Allhamdulillah!!!

.png)

Selamat hari raya sistur..lama tak ketemu..btw sharing yang penuh bermakna..semoga kak shiela sentiasa dipermudahkan urusan..
ReplyDeleterindu gee... salam aidilfitri
Delete