Bengkel KoK

Bengkel KoK | Allhamdulillah, ini kali kedua saya join bengkel KoK setelah 1 semester setengah menjadi jurulatih KoK... Semester pertama tu saya masuk 3 minggu terakhir kelas... Ini kerana saya dipelawa untuk menggantikan arwah junior saya... Allahu, tak sangka arwah pergi terlalu cepat.... 


Arwah Pengurus Produksi Terbaik

Arwah pengurus produksi saya yang terbaik... Masa tu saya ditugaskan sebagai producer bagi team kami Katarsis Malay Film Production... kami menerbitkan short film yang berjudul "Behind the Shadow"... 3 hari 2 malam kami shooting di Muar Johor... 

Segala persiapan produksi, pinjaman peralatan shooting, transportation (bus), beliau dan team yang uruskan... Sehinggalah setiap minggu berulang-alik ke Muar kampur director saya bagi menyiapkan stage (art direction) di sana... Pre production hanya dilakukan dalam masa sebulan sahaja... Dalam masa sebulan kami kena siap dan prepare semuanya untuk penggambaran... dan sebelum penggambaran bermula, kami mesti melakukan presentation di peringkat pusat pengajian di hadapan semua pensyarah dan pelajar fakulti bagi mendapatkan approval daripada dekan dan semua pensyarah... Tu la susahnya kami masa tu tpi minat yang mendalam kami rempuh buat yang terbaik... Ye la team saya 38 orang termasuk pelakon 1 bas kami p shooting... 

Semoga arwah dicucuri RahmatNya dan bersama hambaNya yang bertaqwa... 

Bengkel

Kali ni macam best bengkel ni, kami semua ada penyelaras baharu... Semua macam sekepala... Walaupun semester ni saya dapat kursus baharu, tapi syukur jurulatih baharu yang ambil kursus saya dulu sangat berkaliber, pensyarah Unimap... KAmi pernah kenal sebelum ni...



Dengan kursus baharu ni kepala saya berputar memikirkan apa projek yang akan diberikan kepada pelajar biarlah outputnya nanti high impact...  Kalau tak pun mereka padai mereka bentuk grafik...



Rakan-rakan Baharu

Team yang best... unit kami kali ni, seronok kenal orang lama... Sebenarnya mereka ni staf-staf femes kat uni saya... cuma saya jer tak cam mereka... Ya ampun, maafkan saya... Dengar nama pun dah kenal tapi paras wajah tak cammmm.... alahaiii... so, banyak pendapat diutarakan, Dr, Fairuz penyelaras kami pun sporting... 

Semoga program KoK semester ini dapat mencungkil bakat-bakat terpendam anak-anak pelajar.... Kami sebagai jurulatih akan bantu menyampaikan ilmu apa yang kami tahu untuk dipraktiskan oleh para pelajar. 




No comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.