Keje Aku
Pelajar Ku
Personal
Ahad Yang Segar
Ahad Yang Segar | Allahmdulillah, hari ni anak bujang p sekolah... Mood elok sikit pagi ni walaupun tido lewat semalam... Aishhh susah betul dia nak tido malam-malam... Pagi selepas kakcik dan kak ngah ke sekolah, mula la nak sarapan, bukan apa sebab nak main phone sebelum p tadika.... Dah kenyang, kita hantar dia p sekolah... Masuk ofis teringat nak p hantar borang pendaftaran tahun 1, borang lak tak sign nak saksi... tertangguh lagi... Esok laaaa..
Pukul 9.30 meeting online supervision pelajar master, habis student master student PhD face to face lak... sedar tak sedar hampir pukul 12 dah... Sambil-sambil settle student add drop sama... termengah juga walaupun dalam aircond.
anak bujang balik tadika pukul 12... pukul 1.45 dia p kafa...
2.30 petang saya ada kelas, pukul 5.30 anak bujang dan kakcik balik kafa...
Hari ni kelas master hybrid uumkl dan uumsintok,,,, Allhamdulillah... student uumkl dah biasa masuk kelas saya, uumsintok pelajar baru semester 2... Student master ni mereka yang sedang berkerja!
Apa Best Hari ni?
Jom kita timbang weight! kikikiki... dua hari cuti hari minggu lak selepas hari Khamis lalu last timbang kar SINI...
Hari Jumaat saya mula puasa sunat, tapi kan apa kan daya tak boleh pasa lak... tak leh nak mula lagi ler puasa sunat. En somi dah hari ke3... ehhh jeles....
Apa Resultnya weight... lekaihhhh
Tak beza pun, yang best sebab stay duk angkan 65 tu... walaupun tak berganjak mana pun.... so seronok! Kekedang benda simple cam ni pun buat kita hepi, terus tak pk apa-apa stress.... kita enjoy jer....

.png)

No comments
Note: Only a member of this blog may post a comment.