Selamat Hari Lahir Nur Jannah

Selamat Hari Lahir Nur Jannah | Hari Sabtu lepas, kakcik Nur Jannah dia excited sangat birthday dia dah dekat, hari ni 30 Mac.... Kelmarin dia lupa kepenatan balik sekolah dia tidur, pagi ni baru nampak happy sikit... Mama wish dia happy birthday... Kami plan nak celeb hari Jumaat malam ni... Plan juga nak buat sambutan raya hari tu bersama jiran-jiran...


Mama doakan semoga kakcik sentiasa sihat, dilindungi, dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat... 

Kakcik la satunya anak yang santa empati... Adiknya hilang dari pandangan dia cari take care sangat sampai nangis-nangis... mama sakit ke mama sedih ke dia la pendamping mama... pujuk mama, tukang urut mama... semua kakcik yang buat....

Terima kasih kakcik...

Dia nak claim hadiah daripada saya, dia kata dia nak sticker... mama duk cari sticker apa yang dia save kat phone mama... tak jumpa... kot mama terdelate... alahaiiii....

Mama duk godek apa sticker la... then tiber checkout! hopefully sampai ler 1 April bagi dia happy... 

31 Mac 2026

Esok, dia nak sambut kat sekolah, esok ada sambutan hari raya kat sekolahnya... So, jadual esok ni saya pening... Kat sekolah kakcik, kat tadika abang Mateen, petang persatuan pelajar, pagi tu juga ambil result SPM kakak dan sambutan raya di sekolah kakak.... Macamana mama nak susun ni! nampak gaya sekolah kakak priority... Berdebar semua ada... Tak tahu la macamana result kakak... Doa yang terbaik je la.... 





No comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.